web-poster600x200

You are here:

Menipu dan melanggar peraturan

E-mail Print PDF
  1. Dengan mendaftar dan mengambil bahagian di dalam pertadningan ini, setiap peserta adalah dikira bersetuju dan terikat dengan peraturan rasmi sebagaimana di dalam dokumen ini. Sebarang perlanggaran terhadap mana-mana peraturan y ang disenaraikan akan menyebabkan gugur kelayakkan bertanding sekiranya disabitkan kesalahan oleh jemaah pengadil.
  2. Apa-apa ubah suai terhadap perkakasan atau perisian komputer termasuk dan tidak terhad kepada menghentikan perisian secara tiba-tiba (crashing) dan pengubahsuaian perkakasan komputer atau konfigurasi perisian akan menyebabkan kelayakan bertanding hilang serta-merta.
  3. Apa-apa aksi yang melanggar peraturan jika disaksikan oleh urusetia pertandingan akan diberikan amaran. Selepas amaran diberikan, mana-mana perlanggaran peraturan selepas daripada itu akan menyebabkan gugur kelayakan untuk semua ahli pasukan.
  4. Jemaah pengadil berhak untuk membatalkan atau menukar peraturan pertandingan sekiranya terdapat sebarang lompang, kegagalan teknikal atau apa-apa juga faktor di luar kawalan yang boleh merosakkan integriti pertandingan.
  5. Sebarang protes atau bantahan terhadap mana-mana peraturan pertandingan hendaklah dibuat terus kepada jemaah pengadil di dalam tempoh masa yang munasabah selepas sesuatu kejadian berlaku, yang mana sebarang keputusan segera boleh dibuat. Keputusan jemaah pengandil adalah muktamad.
  6. Protes atau bantahan hanya boleh dibuat oleh ketua atau pengurus pasukan.
  7. Sekiranya terdapat pemain yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan pengadil, pemain tersebut boleh terus mengemukakan protes atau bantahan kepada pengadil tersebut selepas tamat separuh permainan. Sebarang keengganan untuk menghubung ke pelayan pertandingan akan menyebabkan pasukan tersebut boleh dikira sebagai kalah oleh jemaah pengadil.
  8. Sebarang bentuk penipuan termasuk dan tidak terhad kepada pemutusan hubungan secara sengaja, pingflooding, server crashing dan sebagainya akan menyebabkan seseorang pemain atau pasukannya hilang kelayakkan bertanding.
  9. Mana-mana pemain atau pasukan yang secara tidak sengaja mengexplotasi atau memijat kelamahan peta atau permainan akan dianggap kalah untuk pusingan tersebut atau keseluruhan pusingan yang berbaki bagi separuh masa tersebut. Setiap pemain  adalah bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan memijat atau exploitasi kelemahan peta atau permainan.
  10. Mana-mana pemain atau pasukan yang cuba mengeksplotasi kelemahan peta akan hilang kelayakan serta merta dan dibuang daripada pertandingan. Sekira terdapat sebarang persoalan mengenai mana-mana taktik popular, sila bertanya kepada pihak urusetia sebelum perlawanan dimulakan.
  11. Jemaah pengadil mempunyai hak untuk menggugurkan atau menyahkan mana-mana pemain daripada pertandingan, pada mana-mana peringkat pertandingan, untuk apa-apa sebab dan tanpa amaran awal kepada pemain.