web-poster600x200

You are here:

Peraturan Am

E-mail Print PDF

1. Kaedah Pertandingan : 5 vs. 5 (Berpasukan); Had maksimum ahli kumpulan adalah 6 orang setiap pasukan (1 orang adalah simpanan)

2. Had Umur: 16 – 30 tahun

* peserta di bawah umur 18 tahun dikehendaki mendapatkan pengesahan kebenaran ibu bapa dengan mengisi borang B

3. Penggantian hanya dibenarkan maksimum 2 kali setap kali perlawanan. Penggantian tidak dibenarkan semasa permainan sedang dijalankan. Sekiranya terdapat pasukan yang membuat penggantian melebihi 2 kali di atas apa-apa sebab sekalipun, pasukan itu akan hilang kelayakkan untuk bertanding. Penggiliran pemain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4. Pusingan: 16 pusingan untuk setiap perlawanan. 8 pusingan as sebagai Terrorist and 8 pusingan sebagai Counter-Terrorists untuk setap pasukan. (Pasukan pertama yang memenangi 16 pusingan akan dikira sebagai pemenang dan perlawanan akan ditamatkan)

5. Masa Pusingan: 1 minute 45 seconds

6. Sides: (Counter-Terrorist / Terrorist) akan dimaklumkan sebelum perlawanan bermula dan dibuat secara undian.

7. Pemenang: Pasukan pertama yang memenangi 11pusingan.

8. Sekiranya berlaku seri, 4 pusingan tambahan akan dimainkan. (2 pusingan sebagai Terrorists and 2 pusingan sebagai Counter-Terrorists untuk setiap pasukan.)

9. Sekiranya masih lagi seri, 4 pusingan tambahan akan dimainkan sebagaimana di atas sehingga ada pemenang atau maksimum 30 pusingan. Jika masih berlaku seri, pengadil akan membuat keputusan berdasarkan budi bicara.

10. Wang permulaan untuk pusingan Pemecah-Seri : $16000

11. Pemenang pusingan Pemecah-Seri: Pasukan pertama yang memenangi 3 perlawanan.

12. Peta rasmi: de_dust2, de_train, de_nuke, de_inferno

Setiap peta mungkin akan diubahsuai oleh urusetia pertandingan. Semua peserta akan dimaklumkan sebelum perlawanan untuk setiap ubahsuaian yang dibuat.

13. Peta mungkin akan berubah sebelum perlawanan bermula. Peta yang berlainan akan digunakan bergantung kepada situasi. Semua pemain akan dimaklumkan sebarang perubahan sebelum pertadingan dimulakan.

14. Peta akan dipilih secara rawak untuk setiap perlawanan.

15. Hanya ketua pasukan sahaja dibenarkan menggunakan public in-game messages (messagemode1) semasa perlawanan. Peraturan ini turut berkuat kuasa sekiranya ketua pasukan mati. Penggunaan (messagemode1) oleh mana-mana ahli pasukan selain daripada ketua pasukan akan diberikan amaran. Ahli-ahli pasukan yang lain harus menggunakan mesej (messagemode2) semasa perlawanan.

16. Ahli pasukan dibenarkan bercakap semasa perlawanan.

17. Server master akan merekodkan setiap perlawanan.

18. Kuantiti Grenade yang dibenarkan bagi setiap pusingan, untuk setiap pemain:

Flash bangs: 2

HE Grenades: 1

Smoke Grenades: 1

19. Paparan model yang default harus digunakan. ( CS 1.6 atau CS:Z)

20. Boosting (berpijak di atas ahli pasukan sendiri) adalah dibenarkan. Mana kawasan yang boleh dicapai di dalam peta adalah dikira sebagai kedudukan yang sah selagi mana kedudukan tersebut tidak digunakan untuk mengeksploitasi peta dengan melihat kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan.

21. Melontar grenade melepasi bangunan di dalam mana-mana peta adalah dibenarkan.

22. Pemain tidak dibenarkan bergerak dengan menekan kekunci "Duck" (duduk) secara berulangkali. Mana-mana pemain yang dijumpai menggunakan kaedah ini akan diberikan amaran atau dikira sebagai kalah di atas budi bicara pengadil. (NOTA: Perkara ini adalah berbeza dengan bergerak sambil menekan kekunci "Duck" (duduk).

23. Pemasangan C4 secara senyap adalah dikira sebagai penggunaan pepijat. Pemain atau pasukan yang terbabit akan diberikan amaran atau dianggap kalah bergantung kepada keputusan pengadil.

24. C4 mesti dipasang di tempat yang boleh dilihat. Pemasangan C4 di tempat yang memerlukan boost adalah dibenarkan. Namun sekiranya C4 tersebut dipasang di tempat yang tidak dapat dilihat atau terlindung dari segenap sudut (seperti memasang C4 di tempat yang terlindung oleh kotak, atau di dalam dinding dan sebagainya ) penalty yang sama seperti di atas akan dilaksanakan.

25. Jika terdapat pepijat flashbang, tidak sengaja atau sengana, akan diberi amaran dan dikira sebagai kalah untuk pusingan tersebut serta minimum 3 pusingan tambahan. Pasukan yang terbabit boleh hilang kelayakkan sekiranya menggunakan pepijat ini berulang kali.

26. Sebarang penggunaan pepijat peta atau program akan diberikan amaran atau kekalahan automatik jika disabitkan kesalahan oleh jemaah pengadil.

27. Gamma rate boleh diubah di pada video graphic driver.

28. Kedua-dua kualiti warna untuk desktop dan permainan mestilah diset pada 32 bit.